Wednesday, December 12, 2012

I'm back !

Assalamualaikum. Salam ukhwah fillah. Bismillahirrahmannirahim.

Hi, miss me ? Its has been awhile since I last updated. Eventho spm is over, but I don't know why I'm so busy until I don't have time to update new entry. I'm used to online through my phone. That's the main reason.I guess so.

So saya tak ada apa nak cerita padahal I have A LOT of stories to share. Acah acah tak nak cerita je ni. Hehe.  Okay first at all, saya nak cerita yang saya ni dah FREEDOM since spm is over 2 weeks ago. Happy sangat. Rasa - macam - nak - lari - satu - dunia. Begitulah perasaan seorang bekas calon spm. Siapa je tak gembira bila spm dah habis, cuba cakap. Haaa semua happy kan. Termasuk saya yang comel ni *perasan*

Mula mula tu memang excited gila sebab dah bebas. Boleh tidur lambat, boleh online 24 jam. Main xbox sampai pagi. Tak ada orang kisah. Tak ada orang nak marah. Tak tidur satu hari pun tak apa. Begitu seronoknya bila saat saat yang dinantikan tiba jua. Macam dalam mimpi je. Pernah tak tidur dua hari. Haha gila kan ? Bukan apa. I can't sleep. Nak buat macam mana. Then kena marah dengan solihin * dia tak marah pun sebenarnya, just shocked* :p 

There's nothing much to do after spm. Just spend my time watching Running Man. My fav variety show ever. Oh joong ki and my kim jong kook :* Tak tidur sebab syok sangat tengok  benda ni. Tak kisah pun ulang banyak kali. Yang paling best time Jung yong hwa as a guest and big bang. One word. AWESOME. I can't stop smiling. Madly in love with them.

Ehem *cough*. Nak tahu tak, saya hari tu ( tak ingat bila ) hampir pengsan but saya dah pengsan sebenarnya. Time tu tinggal bertiga je as my parent going out for work. Then time lepas masak tetiba rasa pening and mata jadi gelap. Tak perasan pun dah jatuh terduduk. Time tu abang dengan adik dekat dining hall. Saya sedar bila perasan ada orang panggil nama saya and angkat saya berdiri balik. Bibir saya bengkak. Maybe sebab terhantuk kot. I don't know. Tak ingat pun. Saya sebenarnya takut semua benda tu terjadi tapi dah terjadi. Takdir Allah. Nasib baiklah tak ada apa apa. Ya Allah.

Habiskan masa pergi cycling dekat Shah Alam. Sakit kaki. Tisu terkoyak. Ni semua salah abang. Tak pasal pasal gua yang merana. Sakit sampai menangis. Sakit dihati lagi parah dari sakit di kaki. Sampai hati buat macam tu. Ingat orang ni anak patung ke apa. Bagi arahan macam kitaorang ni askar wataniah. Asal lambat je me with kak hanim yang kena. Nak buat macam mana. Kami kan gemuk. Nasib baiklah abang ni baik juga sebab sanggup tunggu kitaorang tolak basikal naik bukit. Memang payah betul. Berpeluh peluh. Entah turun berapa kg tah ni.

Menghabiskan masa dengan Nina. Menonton wayang. Twilight breaking dawn was awesome. I love it ! Do you like happy ending ? Yes. I am. Because I was born to be a vampire. Hehe cool tak ayat gua ? * sila angguk* *okay comel*

Semalam, ibu bawa pergi Aquaria, KLCC. Bawa adik pergi sana tengok ikan even saya ni dah pergi berpuluh-puluh kali. Eleh tipu je ni. Tak sampai 5 kali pun. Tempat yang amat membosankan. Teramat. Tapi nak buat macam mana. Bersyukur jelah ibu nak bawa pergi sana even tak nak. Dapat tengok Sammy *kura-kura paling comel gua pernah tengok*. Suka hati je nak bagi nama dekat dia. Terpengaruh dengan cerita SAMMY'S ADVENTURE : THE SECRET PASSAGE. Dah lah gemuk, besar dan sangat comel. 

Talk about SPM ? Hmm. I don't have any ideas to talk about it. SPM ni susah lah juga. Eh padahal tak adalah susah mana kalau bagi yang pandai. Kita tak pandai. Biasa je tapi tetap bersyukur diatas segala kurniaan Allah. Alhamdulillah. Tapi tidak dapat dinafikan, sejarah was quite hard. So do physics. Okay just forget about it. I want to enjoy my new life *konon*. 

Sebelum hantar buku teks, peluk cium semua buku tu. Sebab nanti mesti rindu. Dan peluk semua orang. Nasib baik tak menangis. Sayu betul perpisahan kali ni. Mana taknya. Dah 17 tahun bergelumang dalam alam persekolahan. Siapa je tak akan merindui saat saat itu. Sebenarnya, saya dah mula merindui sekolah, kawan kawan, cikgu, homework, pakai uniform sekolah dan semua benda. Rindu dekat kerusi dan meja kesayangan. Rindu nak membuli orang dan nak kena buli. Rasa nak menangis je bila ingat semua benda tu. Rindu. Ye saya RINDU SANGAT. 

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Yes it's true. Bumi ini berputar. Sometimes ada kenangan yang manis dan sometimes ada kenangan yang pahit. Tapi semua itu akan hilang lenyap dek ditelan oleh masa. Ibu cakap nanti bila dah sambung belajar, kita akan berjumpa dengan orang baru yang akan menjadi teman kita. Lumrah kehidupan. Dan saat itu, tetiba je rasa macam nak menangis *lari masuk bilik*. Menangis. Lap air mata. Tertidur.  Saya ni memang seorang yang emotional. Cepat menangis. Hati macam tisu.

Best bila dapat kawan yang sama gila macam kita. Dapat buat macam macam bersama. Berborak sampai tak ingat dunia. Skype sampai tengah pagi. Pergi library nak belajar *konon* tapi kerja menyakat orang je. Team comel dekat whatsapp. Crush sana crush sini. Hehe. Saya rindu saat itu. Saya rindu both of my minachi. Saya yang mulakan panggilan ini dulu. Dan panggilan ini kekal sampai sekarang. Dear minachi Farhana dan Syamimi, you're the best friend I ever known. Hoping that our friendship will last forever. In Shaa Allah if Allah will. Amin :)

Someone asked me. " Tak kerja ? " And i was like NOPE. Staying at home like a boss. Ayah cakap tak payah kerja. Ayah masih mampu tanggung. Amboi ayat ayah. Haha okay ayah. Sebagai anak yang baik, saya hendaklah mendengar kata ayah. Saya nak kerja tapi bila difikirkan balik, kalau kerja mesti penat and tak bebas. Baik tak payah. Hehe. Maaf saya memang begini. Lagi suka duduk rumah memasak. EAT EAT EAT. Am I getting fatter ? Oh yes. Sesi menggemukkan badan bermula semenjak 27 Dec. Sekian.

* Currently listening kpop songs *

Blogwalking. Tergelak sensorang baca blog Aizat. Entry yang boleh membuatkan seseorang ketawa bagi orang yang ada perasaan macam saya. Kalau orang lain mesti tak gelak ... KOT. Kot lah. Tak tahu. Depends on character seseorang itu. Okay saya lapar. Craving for caramel macchiato by starbucks. Bestnya kalau dapat time time macam ni. Oh shall going to sleep as the clock shows it already 2.30 o'clock in the morning.

Good mornight guys. Syukran Jazilan for reading. This is my first long post and first post on December 2012. Have a nice day ahead. Bye xx